Wednesday, December 21, 2011

Pelajar UIA Mimpi Bertemu Rasulullah SAW

i read the story for the first time mase kat uia. ade leadership camp mase tu, tak pernah tahu pun tentang cerita ni sampailah haritu. seriously, mase bace tu rase nak nages ! sebak sangat teringatkan Rasulullah SAW . pemimpin Islam yg sangat kita hormati. bacelah, sangat best ! tak rug korang bace. seriously !
Oleh Muhammad Harmain Bin Palal pada pada 15hb Oktober 2010 pukul 10.56 ptg
Assalamualaikum warrahmatullahhiwabarokatuh

Berkata Abu Salamah, telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud, 

sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al Haqq). hadis riwayat al Bukhari dan Muslim 
Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W
Luangkan masa kalian untuk membaca. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
 

Pagi Khamis itu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor telefon ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah…Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”
Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan Salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakar yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti..” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..Waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakar mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah. Kemudian sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah..Dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya diberi tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami;
“Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk saja dalam bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin, kan. Mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan Al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidaknmereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W… Banyakkanlah berselawat dan mendengar zikir.. InsyaAllah kita semua akan mendapat syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..
Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.
Dipetik daripada: http://on.fb.me/eaKO8z

Monday, November 7, 2011

everything i do, i'll do it for Allah

assalamualaikum ya akhi ya ukhti ! *okay mentang mentang final arab aritu pass, speaking arab je spanjang mase kan ?


okay just not soo very long time ago ataupun singkatannya "lately", result final saya keluar. *AHHHHH TAKOTTTNYEEEEEEEEEEEEEEEEEEWWWWWWWW ! ( okay, this is weird.. bende dah keluar ! kau dah tengok dah pun ! nk takot apenyewww ? eee cepuk sat g baru taw )

yadaa yadaa.. enough with my toomuchexpressionofmyself. okay, sooooooo the result... is not soo dean list enough. HAHA in fact tak layak pun ! okay, it was bad. bad i tell ya ! okay takdelah teruk sangat, kire cukup makan la. BUT ! fer mee, i consider it as REALLL BAD ! bukan real steel ye. my mum wasn't happy when i told her abt it. SO TERUK LA KAN ? tapi... yang wa paling paling paling HAPPPYYY SANGAT SANGAT sampai nak lompat terjun bangunan 7890 tingkat pastu kalau bernasib baik tak mati, nak main golek golek lagi atas jalanraya tu biar photographer tangkap gambo masuk paper jadi FOFFULER, ialahh......

I PASSED MY ARABIC LEVEL 1 ! WEEHUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU
*cos i thought i failed ! haha well, for the first & the last im gonna say this, 'THANK U USTAZ AFI ! I LAP U SO MUCHIE MUCHIE !

*ustaz afi tu merupakan ustaz arab saye yg sangat sangat sangat suke mengajar PORAB= POlitik+aRAB =.= hari hari dengo porab, and 'BEST GILE' dengo porab HARI HARI. dahla duduk depaaannn skali dalam kelas arab, and tak boleh tuko tempat plak tu ! pfttt (mati kutuk ustaz sendiri. ampun ! )

nevertheless, im still feeling grateful to have that result, well at least i PASSED.
mase dapat result tu, all of my colleagues including ME, complain result tak bagus la, result teruk la, rase mcm nk tukar course la, and yada yada... SAMPAI lah one my classmates cakap,

Kamu Tahu Siapa (u know who) : korang ni, jangan nk complain sangat result tak bagus ape sume. kite belajar bukan sebab nak pandai result exam gempak, tapi kite belajar kerana Allah.

--------bunyi cengkerik krik krik krik--------

okay, sume orang terase. kan ? same la jugak macam saye. hmm
haha. okayla, bgtaw la jgak. result sem 1 teruk. tak dpt 3 pointer pun :( dapat 2.67 je.

Peah : "ya Allah ! tak pandainyeww ko nadia ! bengap nye ko ni dapat 2 pointer je utk SEM 1 ! kawan kawan uitm ko, kawan kawan metrik ko, wani, fakhrul, alia, piqah, hasanah, shira, shahril, hunain, syakirah, nadzmer, sumenyeee dapat DEAN LIST kot ! yg hang ni sorang tersesat duduk dalam golongan 2 pointer tu kenape ? eee bengapnye ko ni, taknakla kawan dgn ko da"
Nadia : "i know i know ! well its my fault jugak. sebab tak belajar dgn SUNGGUH SUNGGUH, just sekadar ala kadar, and and aku belajar dulu bukan kerana nak menuntut ilmu Allah "

okay, meh sini nak soal siasat sengsorang ni. yg sebenar benar benarnye korang belajar, menuntut ilmu, kat skolah dari darjah 1 sampaaaaaaailah universiti, SEBAB APE ?

mamat : mestila belajar utk exam ! then, buat ape lg kite belajar kan ? sbb nk dapat nombor 1 la dalam kelas ! hishhh such a silly question kau tanye ni =.=

senah : aku belajor, sebab aku takot kene rotan dengan mak bapak aku. yelaa, kang kalo tak dapat result bagus, satu kampung kutuk mak bapak aku kate deme ade anak yg tak berape nak pandai. jatuh air muke deme nanti. kalo aku pandai, dapat belajor kat LON-DON, kembang siket buntut eh lubang hidung parents aku. nanti mesti jadi sensasi kat kampung. bile aku balik dari LON-DON, mesti jadi pisang goreng panas, sume orang termasuk dato dato datin datin tan sri puan sri nk buat aku jadi menantu.

tipah : em i belajo mestila sebab nak hidup senang mase dah beso nanti ! biar dapat result bagus bagus, dpt distinction in all subjects, then bolehla i masuk universiti terbaik kat dunia ! dpt masuk Harvard ke, Oxford ke, Cambrigde ke kan, then bolehlah i keje dengan syarikat beso beso, keje dengan si Donal Trump tu ke, haa jadi CEO syarikat die ke, alaa paling cikai pn nanti i nak keje dgn Petronas, jadi CEO Petronas ke, pastu barulaa boleh ade banyakkk duit ! barulaa boleh hidup senang !

Nadia : err okay, agak memberangsangkan kesemua jawapan korang tu. mari kite tepuk tangan sama sama kpd ketiga tiga mangsa temuramah ini ya. PAPP PAPP PAPP (tepuk tangan)

okay, i know ! kite sume pike mcm tu kan ? sape yg tak ngaku, mmg tipuuuuuuu la ! meh sini tampo sengsorang bg sedo siket. *muahahaha* gelak jahat

---okay, bertukar kepada seorang ustazah yg sungguh murni dan baik budi pekertinya---

ekculi, kite belajar, menimba ilmu ini bukan kerana nk dpt pekerjaan yg bagus, so that byk duit and hidup senang, or kite belajar ni sbb nak kan dapat result bagus utk exam, or kite belajar ni utk buat parents kite kembang buntt *okay ustazah ustazah, behave behave*

tapi, kite menimba ilmu ni, sebab Allah. tak ade sebab lain mengapa kite menimba ilmu. sebab segala ilmu yang ada di muka bumi ini, baik di langit alam semesta mahupun di dasar lautan sekalipun, segalanya adalah kepunyaan Allah. kite menimbu ilmu, kerana ilmu itu adalah kepunyaan Allah. kite teringin nak tahu tentang kehebatan ilmu dan kuasa Allah ini. tak kesahlah ilmu ape pun, ilmu sains, matematik, bahasa dan kesusasteraan (okay tak reti eje), ilmu seni, ilmu muzik, ilmu memasak, ilmu agama, ilmu perniagaan, dan sebagainya.
SEMUA ITU ADALAH HAK MILIK ALLAH.

so, kita buang jauh jauh niat kita yang tak betul utk timba ilmu itu, dan start tanam dalam hati,
AKU BELAJAR, KERANA ALLAH.
insya Allah, kita tidak akan berasa susah, payah, bosan dan tidak akan berputus asa bila kite ubah niat kite mcm tu. sama sama lah kite doakan kejayaan kita bersama dunia akhirat.

AMEEN (:

Saturday, October 15, 2011

migration

assalamualaikum semuaaa ! okay, lagi sekali nk mintak maaf banyaaak banyakkkkkkkk sebab dah lame tak update bloggie ni haa.
maaple, i've been busy sejak dah jd student U ni. and lg satu pn, sbb tak bawak broadband kat saneee ! hihihi thts why fb, twitter, blog, youtube, myspace (OK NO, DAH DELETE), sumee senyap je. hehe

okay, straight to the main point.

UIAM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
okay, mendengarkan namenye sahaje, mesti korang akan ingat perkare perkare ni :
-mesti ko nmpk ramey perempuan betudung labuh kan ?
-and mesti ko nmpk ramey org pakey jubah kan ?
-and org sane mesti sume pakai kopiah, bawak tasbih all the time kan ?
-and and and kat sane mesti ramai pak itam kan ko nmpk ? (okay, yg tu takde. haha. tu kalo kat Gombak, ye memang nmpk ramai pak itam. tp, sekarang ni, saye di CFS IIUM, PETALING JAYA)
CFS stands for Center for Foundation Studies :)

yaaaa. memang saye nampak semua itu. dan alhamdulillah, mereka mereka tu lah kawan kawan yg saya bergaul skrg ini :)

ade byk perubahan berlaku dlm diri saye sejak masuk UIA ni.

saye dah tempuh macam macam pengalaman, dan jumpe macam macam orang kat sane. gembira, sedih.
dan alhamdulillah, segala pengalaman tu dah bg pengajaran kat diri ini. segala benda yg saya buat salah DULU, mcm Allah dah reflectkan semula kesalahan tu di hadapan mata saya, bg diri sendiri nampak. amazing kan kuasa Allah ?

seiously, saya mengaku, memang saya memang teramat sangat banyak buat dosa dengan Allah. maluu dengan Allah. hmm

alhamdulillah, itu saje la yg dapat saya ungkapkan sekarang ini :)


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way



You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Wednesday, October 5, 2011

berkurun lama

assalamualaikum yaa bloggers sekalian !

MASHA ALLAH ! ni bapeee lameee tak update blog ni ? fuhh fuhh ! *meniup segala habuk habuk yg bertertbangan
HACHUUUMMMMMMM ! *okay, tak tahan habuk. cough

WEHHHH niii apee hang dah lameee tak update bloggie ni nadia ? ape cccccccccccceeeeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr??????????????????????^%&#^%@%&*&^%^#!!
*okay i know im being a bit over react*

pekabo kome sume ? korang ni, sepanjang pemergianku ni, ade exercise tak menguruskan badan ? keee sume dah menggemukkan diri ni ? esh esh eshhh. *eleh, paku dulang paku serpih, cakap orang, die yang lebih !*

okay, sbenonye.. i got tonnes of stories to tell u ! terlalulalulalulalulalulalulalulalulalu.. HOH HOH HOH *mengah, tarik nafeh kejap* okay, sambung blk.. terlalulalulalulalulalulalulalulalulalulalulalulalalulalulalulalulalulalulalulalulalulalulalulalulalalulalulalulalulalulalulalulalulalulalulalulalulalaluvlalulalulalulalulalulalulalulalulalulalulalulalalulalulalulalulalulalulalulalulalulalulalulalulalaluluuuuuuuuuuuuuuu byk ceghite yg nak diceghitekan. okay, so u alls ! stay tune dalam rancangan apa ?! *okay tu tajuk rncangannye. HHA :D

Sunday, June 19, 2011

selamat hari abah

anak solehah ni. hehehehe :P (p/s : perot buncit perot buncit dikesan. bip bip bipppp ! ohh sungguh comel perot buncit ! saye sukaaa org berperot buncit ! muahahahaha sungguh comel ! ala muchi muchieee )
im still doing this sampai skarang :) and saye tak rase malu pun cium abah sendiri :)

assalamualaikum warrrahmatullahhiwabarokatuh

hey u ollz yg hot hot heat mcm MCD GCB BURGER NI ! harini saye nak ucapkan SELAMAT HARI ABAH kepada semuaaaaaaaaaaaa ABAH ABAH yang hot hot ni di seluruh dunia termasuklaa abah saye di rumah ni, aka *PAKCIK MISAI* jeng jeng jengggggg *bunyi lagu debar debaran*

pakcik misai yang disayangi,
wahh ni da dikire 18 kali hari abah nadia sambut kan ? hehehe

abah abah, dulu kan mase kakak kecik kecik, abah suke kan ngusik kakak. dahla asyek kene ngusik, kene gigit pipi, kene pelok, kene sekeh kepale, haa bukan dulu je, sampai skarang pn masih lagi.
rase rase kalo kakak dah kawen nanti, abah still akan buat cenggitu tak agak agak ?

dulu mase kakak kecik kecik sampaila skarang ni, haaa kakak laa orang yg abah cari utk pijak abah kan ? yelaa kakak taw nape abah suro kakak, sebab kakak paling berat antare sume anak abah kan ? yang lain sume keding keding, kakak sorang je debab tersesat. muahaha
and then abah suke ulang bende ni everytime kakak merungut sebab kene pijak abah

nadia : (merungut sbb kene jadi mangse utk memijak)
abah : dulu mase kakak kecik kecik, salu cakap, "eeee abah ni... harrri harrriiiiiiiii kene pijak! " then abah mule gelak sorang sorang terbahak bahak.

some more, dulu abah garraaaanngggg gile ! woo wooo ! dulu mase kecik kecik salu kakak kene rempit dgn tali pinggang. aduh sakitnye ! *yelaa mane tak kene rempit, dah nakey sangat !* serious dulu pakcik misai ni sangat garang ! sampai sume cousins and due pupu 3 pupu dan sume orang laa ! sume takot dgn abah. woo woo ! tapi...... jgn risau, abah ni.... muke je brutal, dalam hati ade taman. hihihihihihihihihihihi *mati kutuk abah sendiri ! ampuun !*

skarang ni, abah much much waaayyyyy too different u know. dulu heavy smoker, skarang ni heavy food lover. tengok pewot pn da semakin membulat. alaaa muchie muchieee ! dulu perot 6 pack, skarang ni tinggal 1 pack je (perot buncit) hehehehee *ok mati lagi skali kutuk abah sendiri ! ampuun ! *

abah skarg ni, sukee suspect kakak ade pakwe taw. SUMPAH LILLAH kakak tade pakwe. saluu kakak online lame lame, hehehe sebab im addicted to facebook. sangat addict ! jangan risau, kalau akak ade pakwe, kakak terus suro die datang rumah merisik. ehehhehee *ok da melalut tempat lain*

last but not least, u are the greatest one. the best abah ! i lap u so muchie muchie ! kekalkan kecomelan anda sampai bile bile ngeeeee ching ching ching ! *senyum gigi bersinar sinar*

SILLY COMIC :P
abah : 'kakak, cube kamu kutip spender dengan bra yang jatuh kat tanah ni, sidey balik"
nadia : maneeee? xnampak puun bah
abah : " tuu haaaa"

















KORANG TERTIPU TAK TAK ? HAHAHAHHAA ! OK SBENANYE OLOK OLOK JE DIALOG TU. HEHEHE ACTUALLY, HE WAS SHOWING ME SOME IKAN KELISS BERENANG RENANG FREELY DALAM KOLAM IKAN KELI. HEHEHE DALAM TU ADE BANYAK IKAN KELI. CITE LAA DULU DULU PASAL ARWAH ATUK PUNYE KOLAM. AND BLA BLAB BLA. MANEEE MUNGKIN DIE SURO KUTIP BRA AND SPENDER YG TERJATUH TU ! hahahahahhahahahahahhahahahahahahahahhahahahahaha ! oh i miss u abah :)

Friday, June 10, 2011

there's goodbye in every hello

Assalamualaikum warrahmatullahhiwabarokatuh. Al-Fatihah....

my dearest opah busu, im gonna miss u so much. seriously. tak pernah rase sentap teramat sangat macam ni. nadia rindu opah. tak sempat nak jumpe opah before opah kembali ke rahmatullah kan ?

hari isnin haritu dah terdetik dalam hati nadia nak pegi melawat opah kat rumah maklong weekend ni. tapi....... opah tak tunggu nadia. opah dah pergi dulu meninggalkan kami semua hari selase. nadia sedih opah, sedih. sebab tak sempat nak jumpe opah for the last time. mase opah admitted masuk hospital haritu pun nadia tak pegi, sebab nadia keje. rase terkilann sangat jadi mcm ni :(

opah, the last time nadia dapat denga suara opah, gelak opah terkekeh kekeh, last month kan ? mase opah call. kite sembang lameeee sangat. sejam lebih kite sembang. opah banyak nasihat nadia tentang ini itu. opah kate jugak yang opah berbangge dengan sume cucu cucu opah. opah happy sbb cucu cucu opah sume pandai pandai. mase kite sembang tu nadia happy sangaaattt, tp tak sangke it was the last time nadia dapat dnga suare opah yg lembut tu.

nadia tekejot bile dapat msg dari abah, kate opah dah pun pulang ke rahmatullah. nadia lari kelua dari bilik call mama dekat tangge. menangis sorang sorang kat situ. terkilan sangat, sbb dah berhasrat nk jumpe opah weekend ni, tp tak sempat... opah tak tunggu nadia. last skali jumpe opah mase raye last year. ade lagi gamba nadia dengan opah. kite nampak comel. hmmm :(

nanti raye akn datang ni, balik rumah opah pun mesti rase terkilan sebab akan nampak bayang bayang opah ke sane ke mari sediakan makan utk kami. hmmm opah....

opah, nadia doakan semoga opah ditempatkan di kalangan orang orang beriman. insya Allah Amin. haritu tengok jenazah opah, tenang je muke. muke opah nampak berseri seri, mase pengebumian pun, semuanya berjalan dgn lancar je. Alhamdulillah. takpe opah, nadia akn ingat semua nasihat opah. insya Allah kite berjumpe lagi opah. Aminn

with love, cucu opah.
Nadia anak salleh.

P/S : opah busu ni belah abah. adik bongsu tok lambor.

Thursday, June 2, 2011

HESBRON

okay okay eberibadi. bawak bertendang bawak bertendang. saye tak makan orang, saye makan ayam je. Assalamualaikum warrrahmatullahhiwabarokatuh *ini yang diajar di UIA utk memberi salam yg panjang*

hehehehe. ok utk pengetahuan u ollzz sume yg hot hot ni, i skarang dah ade dekat UIA PJ. ehehe mcm mane kat sane ? wahh seronok sangat ! serious ! saye jumpe ramaaaii orang dari pelbagai negeri. sabah je tak jumpe lagi. ok ok yadaa yadaa enough utk repekan ini. kite straight to our story !

masa : pukul 10.45pagi ++
tempat : Mahallah Khadijah Kiosk
situasi : sedang membeli makanan utk breakfast.

some stranger yg tak berape nak hot : okay breakfast pkl 10.45 ? okay, sah ko baru bgn tido ni kan nadia ? entah entah gigi pn tak gosok ! EEEEEEEEEEE

Nadia : HELLO ! i gosok gigi okay ! gune ubat gigi kodomo lion lagi ! eh oppss silap, bukan bukan. abaikan yg tadi. silap silap, ubat gigi sensodyne. tersasul pulak pagi pagi ni.

okay okay dah melalut da ni ! back to our story mory

Nadia : (sedang melihat lihat makanan yg ada jual di gerai makanan, tetibe ade ternampak sesuatu yang agak menarik pemandangan yg suci ini) emmm kak, ini ape ni yaa ?
Kakak Indon menjual : (berfikir sejenak) ohh em err ohh ini 'HESBRONNNN'
Nadia : (berfikir agaklah lame) hahh ? ape ? HESBRONN ?
lepas tu tanye kawan sebelah, weh weh hesbron tu ape ? ee ape ni jakun gile aku hesbron pn tak penah taw. ape ni ape ni ? ape hesbron ni ?
Kawan sebelah : ohh bukan bukan, hesbron tuu HASH BROWN. u know HASH BROWN.
Nadia : OHHHH HASH BROWN. haa kak ! bagi HESBRON ni satu ! (yela taknak la malukan kakak tu kan)

and then bile dah balik bilik, HAHAHAHAHAHAHAHAH ! HESBRON ! adoi adoi. ingatkan ape laa tadi HESBRON HESBRON NI. rupa rupanya HASH BROWN ! okay HASH BROWN ! hihihhihihi funny laa :P

and u all taw tak sbenonye HASH BROWN tu, bahasa melayu nyaa adalah BEGEDEL. jadi kepada sape sape yang makan HASH BROWN dekat mcd tu, sebenanye kome makan BEGEDEL je yang salu opah opah kome masak kat rumah makan ngan nasi tu. hihihihihi

HAA KAT BAWAH NI LAA GHOPE SEBENO HESBRON TU


sekian Assalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh :D jaga diri sume !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...