Saturday, December 18, 2010

apabila keluargass kembali BESATUU !

assalamualaikumwarrahmatullahhiwabarokatuh ! neekkk ! oooo nekkk ! saye datang nak berayee ni !! nak kumpul duit raye banyak banyak, boleh beli choki banyak banyak bior jadi gemuk gedenpol bior tade orang nak ngorat, lagi bahagie ! wahahaha

okay maafkan saya dengan inappropriate pendahuluan sebentar tadi. ngeh ngeh. okay hari ini, saya ingin menceritakan tentang satu pengalaman setengah hari yang memang takkan saya lupa ! WOO WOO ==

SEMALAM, (sebelum kejadian yg penuh kehinaan di mana saya telah terseliuh kaki saya) ngeehaha saya bersama-sama pakciks pakciks dan makcis makcis serta sepupus sepupus saya telah keluar berkumpul ramai ramai keluar makan breakfast bersama sama di Restoran Maju Rapat kedai CAPATTI pada pukul 8PAAGIII ! *pukul 8pagi aku cinta kau lagi. cewah tetibe je, tade kene mengene. HAHA

okay untuk beberapa hari yang lepas, rumah saya telah didatangi oleh pakcik dan sepupus saya dari TERENGGANU sane nuun iaitu PAKLONG saye ! hehe, seronok mereka datang. bukan selalu berjumpa jumpa macam ni. rumah hohh of courselaa menjadi lebih meriah daripada biasa.

KEMUDIAN, pada keesokan harinyaa, rumah saya didatangi pula oleh seorang lagi pakcik, makcik dan sepupus daripada SHAH ALAM sane nuuunn iaitu AYAH YANG saye ! mereka dtg ke ipoh, sebabnye nk bawak anak anak berjalan jalan, di samping menyambut kepulangan ank mereka, ALIA (yg baru balik dari Aussie, dah 11bulan katenye tak balik Mesia). wohoho.
tahu tak pakcik ksygn saye ni dtg pukoi bape kome? woohoho ! dtg pukoi 7.20PAGI nk ajak g breakfast ! yg kami kami ni, (saya, adik saya, dan 3 org lagi sepupu saya) BARUUU BANGUN ! masya Allah, eh ehh dahlaa anak dare, bangun lambat pulok tuh. haktuihhh, cancel jadi calon menantu mak datin mcm ni. HAHA

kami kami ni, taik mate pun tak buang lagi. GIGI pun masih terlekat dengan bau bauan yg harum semerbak pada hari semalam. JADI, dengan rambut serabai serabainya, dengan mucuk macam berbaju tido, bersalam salam dengan ayah yang & makyang saya sambil tersipuu sipuu malu, sengihh macam kerang busuk je. Ayah yang saye ni sbenonye, nak ngajak kami satu rumah g breakfast makang CAPATTI TELORR ! *haa die ni memang, asey datang ipoh, MESTI saya kata MESTIIIII nak g makan CAPATTI TELOR kat maju rapat tu. sebabnya, kat shah alam tade capatti telor. haha adoi lawaknyee, (bgus jugak aku dok ipoh ni) HAHA

jadi kami pun berkonvoi 2 kereta pergi ke Restoran Capatti Maju Rapat sane nuun. *semua TAK MANDIIIIIIIIIII ! haha hinenyee ! *sebenarnye, even makyang saye pun tak mandi lagi. HAHA sep makyang ! kite serupe ! wohooo !

oh sebelum kami bergerak ke kedai Capatti tu, singgah dulu rumah ayahnyah saya (ya rumah saya dan ayahnyah saya dekat dekat aje) hehe untuk mengambil LAGI seorang sepupu saya, WANI BAMBAMM ! mule mule budak wani ni taknak ikot, sebabnya die tak mandi lagi. *yelaa ofcoursela tak mandi lagi ! baru pukul 7.45 pagi, sape nak mandi awal pg mcm ni mase cuti? hanya itik itik di tasik je yg sudi mandi pagi pagi everyday ! jadi abang saye, dengan slumbernya berkata kpd beliau, "eh gemok ! meh cepat keluar rumah ! kamu tak mandi lagi? relax laa.. budak budak gemok dlm kete ni SUMEEE tak mandi lagi. haa ade yg tak tuko pun baju tido. deme gosok gigi jee. cpt kua cpt !"
jadi, wani pun keluar dari rumahnya dengan slumbernye tanpa bermandi manda terlebih dahulu lalu berhimpit himpit dlm kereta saya. jadi, bergeraklah kereta kami yang penuh dengan makhluk busuk tak mandi pagi. WOHOOO ! konvoi pun bermula ! *cewahh padehal tade laa jauh mane. over je. HAHA =.=

SESAMPAINYA KAMI DI KEDAI CAPATTI
woahhaha kami conquer(cemni eh nak eje?) 3 meja sekaliguihhh. breakfast kali ni, SUMEE ayahyang yg belanja. wohaha ! that's the best part ! :D
bersembang sembang laa kami seperti orang gile yg tak berjumpe selama 10 tahun ! punyelaa rancak bersembang ! gelak tertawaa. saling kutuk mengutuk (itu sayela tu mangse kutuk) dan siapa pengutuknye? siapa lagi kalo bukan pakcik kesayangan saya, AYAHYANG. wohaha (die mmg suke ngutuk budak gemok mcm saye) ESH ESHH :DD "nadia, kamu ni, lagi besar makin bulat jadinye. duduk dgn ayah yang laa. g kuruskan badan dgn mira ni haa kt shah alam sane"
then beliau kate lagi, "HAA !sape nak order capatti lagi? cepat cepat, bukan selalu ayahyang dtg ipoh ni nk blanje capatti. nadia, i know u want to order some more capatti...." (ckp dgn tone ala gedik gedik)
nadia : "it's ssokay, im on D haha"
ayahyang : (muke tekejot beruk) "whaaatt? im sooo suprised ! u give me a fright ! u declined? i can't believe this !"
nadia : "hahaha ur sooo funny ayah yang. im on D okay ! tengah berdiet diet ni, ayahyang tak nmpk ke badan nadia dah susut siket ni?"
ayahyang : "mane? makin bulat je ayahyang tengok kamu ni" & sambung semula gelak ketawanyaa.
nadia : (berkata dalam hati) takpe, jangan melawan. derhaka kepada bapak sedara kalo lawan ni.

then, ade one part ni, LAWAK GILEE NAK MATI !
adela sorang pakcik ni dalam lingkungan umur 40-an rasanya. Beliau sedang khusyuk menjamah capattinya seorang diri sebelum pergi ke kerja. kasihan saya tengok beliau ni. so biarkan saje pakcik tu menjamah capatinya dan saya kembali bercakap cakap. TIBA TIBA, JENG JENG JENG.... kami terdengo ade satu ringtone Justin Bieber-baby berbunyi.
i was like, "BALDI FULL, sape la yg pasang lagu JB utk ringtone ni? it's sooo last year. ahh" (ckp dlm hati dgn penuh kegedikan). tapi, kat luar teruskan tersenyum macam kera dpt petik kelapa. wahaha. *ya lagu Justin Bieber tu datang dari pakcik yg makan lonely tulaa. HAHAHAAHAHHAHAHAHAHAHAHAA. ya, saya tahu. saya dah tergelak gelak dah dengan wani. tak tahan dohhhh !

TIBA TIBA, tidak berapa lama lepas saya mengutuk dlm hati tu, terdengar satu suara. JENG JENG JENGGGGGG
ianya datang dari mira(cousin saye yg juge merupekan bekas mangsa SPM). mira ni lg wallaweyh ! die cakap kuat kuat. (padehal pakcik lonely tu, ade kat sebelah die je. =.= phhh)
mira : (cakap kuat kuat) EEEEEEEEE ape pakcik ni, dah tua tua pun pasang lagu Justin Bieber baby ke? tak maluu. tak sedar diri.
kami semua : we were like :O OMMAIGOD mira ni, berani sungguh beliau. saye dengan wani tergelak gelak lagi.
dan sejak kutukan daripada mira itu berlaku, the lonely pakcik keep on memandang meja kami, dan memandang tajam xpuas hati kepada mira sambil menjamah capattinye. kami ni, buat bodoh jela, sambung gelak gelak buat mcm kedai capatti tu kami punye. HAHA

kome tau dok? pakcik tu, even mase die masuk dalam kete die, STILL slow down keretanya dan menjeling tajam kepada kami semua. i can't say a thing ! hanya tergelak gelak.
dan apabila pakcik lonely tu berlalu pergi, kami semua gelak ketawa mcm nak gempa bumi dah maju kedai tu. HAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

jadi, begitulah kisah family saya yang tak MANDI PAGI pergi breakfast capatti. dahlaa tak mandi, kutuk orang pulak tu. saye rase sungguh hine dan berdosa. ohh tidak ! maaf pakcik ! ampunn !

seronok betol kalau buat gathering cenggini. ini baru suku daripada family saye. kalo campor sume macam mase raye, perghhh LAGI SERONOK ! HAVOC OHH. :D pakcikss makcikss, saya rasa kita patut lakukan ia lebih kerapkali. weehaha ! seronok cuti habis SPM ni :D

0 spicy chickens:

Post a Comment