Saturday, December 18, 2010

hmm :)

saya berjalan jalan tadi di blog manusia manusia. tiba tiba, ada 1 post ni telah menarik hati saya untuk membaca dan mendalaminya. actually, bukan post laa. some sort like quotes :)

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti "

Baru sekarang saya sedar bahawa betapa seronok dan nikmatnya apabila bercinta dengan Allah berbanding dengan manusia. saya juga seperti kalian yang lain, pernah bercinta, pernah merasai nikmat bercinta, nikmat kasih sayang antara 1 sama lain, pernah putus cinta, pernah kecewa dengan cinta. Tetapi itu tidak menghentikan dan mematahkan semangat saya untuk terus mencari cinta sejati. Alhamdulillah, selepas membaca quotes di atas ni, lebih terbuka hati dan minda saya bahawa cinta sejati yg saya cari cari selama ini, sebenarnya... hanya terdapat di atas sana, cinta kepada Allah SWT. ya, cinta kepada Allah. cinta kepada Allah. Allah yang Maha Pengasih, Allah yang Maha Penyayang. Alhamdulillah :)

0 spicy chickens:

Post a Comment