Monday, February 21, 2011

KELAS mencuci pinggan bersama CIKGU NADIA

baiklah anak anak sekalian, seperti mana yang kome sekalian tahu, sekarang saya dengan banggenya telah bergelar sebagai BIBIK sepenuh masa. opp wait wait ! bukan bibik SEPENUH MASA, itu duluuuuu. sekarang jadi bibik SEPARUH MASA saje. hehehehe

okay, kome pun taw kan yang saye ni dari duluuuuuu lagi memang minat nak jadi seorang PENCUCI PINGGAN yang berjaya ! jadi, agaklah lame saye dah practice untuk mencuci pinggan dengan sebersih bersihnya. termasuk hari ini saje, sudah lebih kurang emm oh ya 10 TAHUN menjadi seorang pencuci pinggan yang PAKAR . ya wahai anak anak sekalian, saye telah didera untuk membasuh pinggan semua orang dalam rumah. =.= huhu menyedihkan bukan ? tapi tidak mengapa, jikalau bukan kerana penderaan ini, saya tidak mungkin akan bergelar seorang PENCUCI PINGGAN yang HANDAL pada hari ini . OH YEAHHH !! *muke excited*

baiklah, mari kita ikuti langkah langkah yang senang ini untuk mencuci pinggan sebersih-bersihnya. ahemmmm

LANGKAH 1
dapatkan sepiring pinggan atau cawan mahupun mangkuk yang kotor. kalau tak kotor, MACAM MANE nak basuh pinggan kan ?

LANGKAH 2
letakkan pinggan-pinggan, mangkuk-mangkuk, cawan-cawan, gelas-gelas, sudu-sudu, garpu-garpu, senduk-senduk yang kotor tadi serta kawasan kawasan yang sama waktu dengannya ke dalam sinki.

LANGKAH 3
sebelum anda memulakan sesi pembersihan pinggan mangkuk, sila buang dahulu segala sisa sisa makanan yang terlekat pada pinggan mangkuk garpu sudu cawan gelas tadi ke dalam plastik sampah. Lalu, bilaskan mereka dengan air paip supaya aktiviti pembersihan pinggan mangkuk anda nanti akan menjadi lebih mudah. takdela nanti nak kene tonyoh tonyoh, tenyeh tenyeh, tumbuk tumbuk sampai pecah pinggan mangkuk tu nanti.

LANGKAH 4
kalau malassss sangat nak bilas pinggan tu satu satu, haaa rendamkan mereka dengan air sabun. anda tidak pasti hendak menggunakan sabun pencuci pinggan apa ? HAA meh sini saya recommendkan . gunalah sabun pencuci pinggan GLO ! baunya harumm, sabunnya pekat, serta tidak menghakis tapak tangan anda ! malah tapak tangan anda akan terasa SEMAKIN LEMBUT dari hari ke hari ! oh yeahh beybeh !

*dulu saye gune sabun cuci pinggan SUNLIGHT, bersih tu mmgla bersih and wangi, tapi sabunnye KASAR beno. sampai jadi kasor tangan i yang gebu ni taww. awwww

LANGKAH 5
okay lepas dah bilas or rendam pinggan mangkuk sudu garpu semua, MARILAH kita sama sama start membasuh basuh ! wuhuuuu ! EXCITEDNYEEE hihihihihihi

LANGKAH 6
make sure anda membasuh sponge anda sebersih bersihnya sebelum start membasuh pingan mangkuk cawan garpu sudu. kita tidak mahu bau bauan dahulu kala melekat kepada pinggan mangkuk kita.

picitkan botol sabun cuci pinggan tu ke dalam bekas sabun. agak agak bentuk macam duit 50sen, haa kemudian isikan air. jangan biarkan sabun tu jadi terlalu CAIR. jangan KEDEKUT !

LANGKAH 7
mulekan mencuci CAWAN dan GELAS terlebih dahulu. Hal yang demikian kerana, kita tidak mahu ada bau bauan yang tidak menyenangkan melekat pada cawan dan gelas dimana ia digunakan untuk MINUM. nanti kalo kome basuh campur campur, haaa nak hidang kat tetamu ayor, habeh kene kutuk, kate 'EUUWWWW cawan die ni berbau laa ! toksah bagi die duit raye bang. toksah'

*kalau tengah cuci cawan tu, make sure tonyoh betol betol segala kekotoran tu. jangan bagi ada setitik kekototan pun kat cawan dan gelas tu ye. kalo idak, haaa MAK ROTAN KAMU SUME.

LANGKAH 8
kemudian, teruskan usaha anda dengan mencuci pula sudu dan garpu. make sure tonyoh dan tenyeh betol betol sudu dan garpu tu. kita takmaw ade bau bauan yang tidak menyenangkan melekat.

LANGKAH 9
seterusnya, barulaaa anda start mencuci pinggan pinggan dan mangkuk mangkuk serta kuali periuk. Hal yang demikian kerana, mengikut kajian pakar, pinggan mangkuk serta kuali periuk didapati mempunyai peratus kekotoran serta minyak yang lebih tinggi berbanding cawan gelas dan juga sudu garpu. that's why kita tak campurkan mereka.

LANGKAH 10
bukakan air paip sinki, dan start membasuh segala pinggan mangkuk sudu garpu cawan gelas dan kawasan kawasan yang sama waktu dengannya. INGAT ! buka air kecikkk je, jangan buka air paip tu beso macam air terjun tuu ! ingat, berjimat cermat amalan mulia. (:

LANGKAH 11
masa kome bilas segala pinggan mangkuk sudu garpu cawan gelas tu, make sure betol betol hilangkan segala sisa sisa sabun tu yaa.

LANGKAH 12
akhir sekali, terapkan segala pinggan mangkuk cawan gelas sudu garpu tersebut di tempat terap yang bersih dan kering. tunggu sampai mereka kering, lepas tu barulaa simpan ke dalam laci.

LANGKAH 13
OPP OPPP ! ohh suke suki die je nak bla macam tuu je. habes tuu sinki tuu nak biar tersumbat dengan sisa sisa sabun tuu ? ohhhh ! meh datang sinki ni balik ! bertuah punye budak.

ye anak ku sayang, lepas da habis cuci pinggan tu, jangan lupe cuci sinki sampai bersih. ingat, kawasan yg lembab mempunyai BANYYAAAKKK kuman dan kulat. jadi, lepas da cuci pinggan jangan malas malas yee nak cuci sinki bersih bersih sayang ku ? (:

Jadi, sampai di sini sahaja pembelajaran kita pada hari ini. Cikgu harap, anak anak sekalian dapat mengaplikasikan segala ajaran cikgu pada hari ini. HAA ! yee anak anak, kepada pelajar LELAKI cikgu, sape sape yang before ni TAK RETI nak basuh pinggan, bolehlaa ikuti pengajaran cikgu yaa. bolehlaa kome belajar nk basuh pinggan practice nak tolong bini kat rumah nanti kan. hihihihihihihihihihi

sekian terima kasih, kita jumpa lagi pada minggu hadapan, dalam rancangannnnnnnnnnnnnn
MARI MEMBASUH PINGGAN BERSAMA CIKGU NADIA ! assalamualaikum !

0 spicy chickens:

Post a Comment