dahulu engkau meluahkan janji janji manismu. kini segalanya tinggal kenangan, segalanya tipu. dusta. engkau memberi harapan palsu kepadaku. mengapa ? mengapa ? dahulu, aku suka berada di sampingmu. di mana sahaja aku berada, setiap masa, pasti engkau terlintas di fikiranku. ya sayang, engkaulah bahagiaku, hidupku. tetapi, kini engkau sudah berubah. tidak lagi seperti dahulu yang ku cintai. mengapa ? kesalahan dan kesilapankukah engkau berubah sayang ? setiap detik yang ku lalui, aku dapat rasakan kita semakin berjauhan. tiada lagi 'YOU' and 'ME' terukir di hati ini. engkau membuatku terkapai kapai seperti cacing kepanasan disinari cahaya matahari yang terik. sanggup engkau lakukan ini kepadaku ? oh lupa, engkau memang dilahirkan tanpa perasaan. di mana janji janji manismu ? mana ? mana ? semuanya DUSTA. aku bencikan kau. aku terpaksa mencari yang lain.
tetapi, aku masih sedih. kerana.... mereka yang lain tidak sama sepertimu sayang. mereka tidak menepati rasa cintaku, rasa kepuasan bercinta seperti bercinta denganmu. engkau juga yang terhebat, yang terbaik sayang. walaupun engkau telah berpaling tadah dariku, aku masih.. masih... rindukan engkau sepanjang masa. oh aku rasakan inilah dia pepatah melayu yang mengatakan, "BENCI TAPI RINDU" mengapa engkau lakukan ini kepadaku ? mengapa ? mengapa ? aku sudah menjadi ketagih seperti seorang *MAT PIT* yang dahagakan dadah. yaa aku ketagih akan cintamu. dahulu aku bahagia, kini aku derita. terima kasih
sitiness u GOOGLE CHROME ! mengapa servis engkau dah tak bagus ? dah lembap ! tidak lagi seperti dulu. engkau memberi harapan palsu kepadaku ! aku nak login facebook pun kene tunggu sampai 10 minit. dulu, tak sampai 10 minit pun ! 1/2 saat da terus login da ! sekarang aku nak bukak IM CHAT aku pun dah tak boleh. NAK BUKAK NOTIFICATIONS pun punyalah payah Ya Allah. nak tekan 'OLDER POST' pun failed. tak boleh nak bukak. aku dah tulis panjang panjang dekat kotak comment tu membalas wall post rakanku tercinta yang lain, SEKALI bile penat aku dah tulis panjang lebor, tengok tengok TAK BOLE NAKS SEND ! dahla tak bole nak SEND ! segala comment panjang lebor tadi hilang macam tu je ! EVEN nak signout puuunnn tak bole ! ade ke patot engkau hantar aku ke privacy settings ! aku nk sign out ! bukan pegi privacy settings !
tengok, sekarang ni aku terpaksa online facebook dengan menggunakan MOZILLA FIREFOX. ohh nikmatnya tidak sama seperti engkau. lembap, ade macam macam virus plak tu timbul. mengapaalaahhh begini T.T
KEMBALILAH KEPADAKU WAHAI GOOGLE CHROME ! AKU SUDAH TIDAK SANGGUP MENAHAN RINDUKU PADAMU ! KEMBALILAH SAYANGKUUUUUUUU !
0 spicy chickens:
Post a Comment