Friday, June 10, 2011

there's goodbye in every hello

Assalamualaikum warrahmatullahhiwabarokatuh. Al-Fatihah....

my dearest opah busu, im gonna miss u so much. seriously. tak pernah rase sentap teramat sangat macam ni. nadia rindu opah. tak sempat nak jumpe opah before opah kembali ke rahmatullah kan ?

hari isnin haritu dah terdetik dalam hati nadia nak pegi melawat opah kat rumah maklong weekend ni. tapi....... opah tak tunggu nadia. opah dah pergi dulu meninggalkan kami semua hari selase. nadia sedih opah, sedih. sebab tak sempat nak jumpe opah for the last time. mase opah admitted masuk hospital haritu pun nadia tak pegi, sebab nadia keje. rase terkilann sangat jadi mcm ni :(

opah, the last time nadia dapat denga suara opah, gelak opah terkekeh kekeh, last month kan ? mase opah call. kite sembang lameeee sangat. sejam lebih kite sembang. opah banyak nasihat nadia tentang ini itu. opah kate jugak yang opah berbangge dengan sume cucu cucu opah. opah happy sbb cucu cucu opah sume pandai pandai. mase kite sembang tu nadia happy sangaaattt, tp tak sangke it was the last time nadia dapat dnga suare opah yg lembut tu.

nadia tekejot bile dapat msg dari abah, kate opah dah pun pulang ke rahmatullah. nadia lari kelua dari bilik call mama dekat tangge. menangis sorang sorang kat situ. terkilan sangat, sbb dah berhasrat nk jumpe opah weekend ni, tp tak sempat... opah tak tunggu nadia. last skali jumpe opah mase raye last year. ade lagi gamba nadia dengan opah. kite nampak comel. hmmm :(

nanti raye akn datang ni, balik rumah opah pun mesti rase terkilan sebab akan nampak bayang bayang opah ke sane ke mari sediakan makan utk kami. hmmm opah....

opah, nadia doakan semoga opah ditempatkan di kalangan orang orang beriman. insya Allah Amin. haritu tengok jenazah opah, tenang je muke. muke opah nampak berseri seri, mase pengebumian pun, semuanya berjalan dgn lancar je. Alhamdulillah. takpe opah, nadia akn ingat semua nasihat opah. insya Allah kite berjumpe lagi opah. Aminn

with love, cucu opah.
Nadia anak salleh.

P/S : opah busu ni belah abah. adik bongsu tok lambor.

0 karut mengarut:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...